Salam Pengenalan
Selamat datang ke Legalpages. Laman undang-undang ini bertujuan untuk membantu anda memahami sedikit sebanyak perihal hak perundangan anda, dan mungkin dapat membantu meleraikan apa-apa kemusykilan undang-undang yang anda sedang hadapi. Laman ini tidak bermaksud untuk memberikan khidmat guaman yang komprehensif. Sekiranya anda mempunyai masaalah undang-undang, anda perlu mendapatkan khidmat seorang peguam.
Dalam kehidupan seharian, tanpa disedari setiap pertuturan, pergerakan, perlakuan dan tindak-tanduk yang kita dilakukan adalah mengikut batasan undang-undang dan tata-susila, sama ada yang termaktub ataupun tidak. Dalam berinteraksi sesama insan, perhubungan kekeluargaan, jalinan persahabatan, semangat kejiranan; Dalam memulakan perniagaan, memperolehi asset, merancang masa depan anak-anak; adalah wajar bagi kita untuk mengetahui hak kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Dalam menyedari hak ini, datangnya tanggungjawab yang perlu kita penuhi.
Legalpages berhasrat untuk membincangkan isu-isu yang menyentuh kehidupan seharian setiap insan di Malaysia, dengan memberikan penjelasan yang ringkas dan mudah difahami oleh semua. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan berkenaan dengan isu perundangan, saya akan cuba membantu melalui forum yang disediakan. Komen dan maklumbalas pembaca sangatlah dialu-alukan untuk memantapkan laman ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda di sini.
Adillah A. Nordin
Editor, Legalpages





